Syarat-syarat wajib yang melayakkan anda berzakat?
Berikut merupakan syarat-syaratnya:
1. Islam
Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk pengiraan zakat.
Daripada Abdullah bin Umar R.A berkata, saya mendengar Rasululah S.A.W bersabda: "Islam dibangunkan di atas lima perkara, Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, melaksanakan haji dan berpuasa Ramadhan". (Hadis Riwayat Tirmidzi dan Muslim)
2. Merdeka
Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib berzakat.
3. Milik Sempurna
Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.
4. Cukup Nisab
Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nisab bagi tahun 2012 ialah RM 13,113.
5. Cukup Haul
Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.
6. Niat Untuk Berniaga
Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja
No comments:
Post a Comment