Bila time raya dah sah-sah byk makan kuih raya & minum yang manis2 kan dan masalah gigi pasti akan timbul dengan jayanya...sesiapa yang sakit gigi bolehlah amalkan...
Kaedah Rawatan Dengan Doa:
1. Sebaik-baiknya buat rawatan/berdoa selepas anda selesai solat fardu.
Ini kerana ketika itu anda dalam keadaan bersih (fizikal & rohani)
dan berwuduk.
2. Mulakan dengan Bismillah. Sebaik-baiknya anda menghadap kiblat.
3. Beristighfar dalam bilangan yang ganjil.Istighfar untuk memohan keampunan Allah....
4. Menyebut syahadah untuk meningkatkan keyakinan dan keimanan kita.
5. Berselawat dalam bilangan ganjil. Sekali kita berselawat, sepuluh kali Allah membalasnya.
6. Membaca Surah Al-Fatihah. Surah ini merupakan kunci segala ilmu.
7. Membaca Ayatul Qursi.
8. Membaca Selawat Syifa'dalam bilangan ganjil. Ada yang menyarankan sebanyak 7 kali.
9. Membaca doa khusus untuk penyakit tersebut.
Sebaik-baiknya doa ini anda amalkan dulu. Baca setiap kali selepas solat supaya ia sebati dengan diri anda.
Lakukan dengan penuh yakin. Ingatlah penyakit itu datangnya atas kehendak Allah dan sembuhnya juga atas kehendakNya.
Selamat mencuba.....
No comments:
Post a Comment